Yakub Khalid akan menjadi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) N16 Muara Tuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Yakup bukan nama asing di kalangan masyarakat tempatan khususnya dalam dunia politik kerana telah mula aktif bermula tahun 2011 dan pernah beberapa kali menjadi calon berpotensi untuk PBB sama ada di Muara Tuang atau Parlimen Kota Samarahan.