SOO LINA

Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR), Lina Soo, mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi Padungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke 12.

Beliau juga telah mengumumkan nama parti tersebut telah ditukar kepada kepada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) pada Februari 2020.

Berlogokan kupu-kupu Rajah Brooke, STAR mula-mula diluluskan dan didaftar pada 9 Oktober 1996.

Ia merupakan parti serpihan Parti Nasional Sarawak (SNAP) yang ditubuhkan oleh mendiang Dr Patau Rubis selepas beliau dipecat dari jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Muda kabinet negeri.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) (2016-kini)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Aspirasi Rakyat Sarawak
Parti: ASPIRASI
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P196 Stampin

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P196 Stampin N11 Batu Lintang
  • PRN DUN Sarawak 11- P195 Bandar Kuching N11 Batu Lintang
  • PRN DUN Sarawak 12- P195 Bandar Kuching N9 Padungan