Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru(PBDSB), Cobbold John Lusoi, 57, meninggal dunia di Kuala Lumpur jam 7 pagi pada 7 Mac 2019.
Mendiang menghadapi komplikasi jantung yang sebelum ini mempunyai sejarah ditahan di Institusi Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) bulan lalu.
Mendiang ke Kuala Lumpur untuk melawat isterinya yang tinggal di sana dan ingin berehat.
Dilahirkan pada 15 Mac 1962, mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga anak perempuan.
Cobbold yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang sains pertanian daripada sebuah universiti di New Zealand juga merupakan aktivis tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Mendiang merupakan calon PBDSB kerusi Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 namun tewas.
Cobbold juga pernah bertanding enam kali bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini dan tewas dalam kesemuanya.