Fadzil hanafi merupakan calon WARISAN bertanding bagi kerusi Parlimen P9-ALOR SETAR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Beliau merupakan seorang bekas ahli UMNO dan sekarang lebih fokus sebagai parti bebas dan telah melayakkan diri untuk bertanding sebagai Ahli parti bebas bagi Dewan Undangan negeri buat 2 kali iaitu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 11 dan ke 13 bagi DUN Alor mengkudu.
Beliau berpendapat bahawa UMNO tidak langsung mengetengahkan calon yang lebih kepada Hal Agama sedangkan UMNO meyakinkan rakyat bahawa UMNO mementingkan Islam.
Bekas anggota exco Kedah Datuk Fadzil Hanafi yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas di DUN Alor Mengkudu berkata beliau kecewa dengan BN yang menurutnya tidak banyak mengetengahkan calon dengan latar belakang agama di peringkat DUN kali ini.
Beliau yang pernah memegang portfolio hal ehwal agama Kedah itu berpendapat, tindakan berkenaan "tidak menampakkan bahawa Umno memperjuangkan agama" dan beliau menganggap ia satu "penghinaan" kepada Islam.