Pada Mei 2018, Datuk Jakariah Janit mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan keluar daripada Parti Kebangsaan Sabah (PKS) serta merta.
Keputusan beliau yang ketika itu, Ketua Bahagian PKS Inanam menyebabkan PKS Inanam dan Sepanggar dibubarkan.
Pada pilihan raya negeri kali ini, beliau bertanding di DUN Sukau atas tiket Parti Perpaduan Rakyat Sabah (Gagasan).
Pertembungan lima penjuru di DUN berkenaan menyaksikan persaingan calon Parti Cinta Sabah (Malaya Kasurah); Barisan Nasional (Jafry Ariffin); Bebas (Datuk Saddi Abdul Rahman) dan Warisan (Amrah Liwangsa).