AWANG KARIM ABDUL KADIR

Dilahirkan di perkampungan teluk pembentungan kayu balak dalam tahun 1964 di Pulau Jambongan, Sandakan.

Keluarga beliau kemudiannya berpindah-randah dan akhirnya menetap di Kampung Malubang sebuah perkampungan tepi pantai muara sungai yang indah menghadap Laut Cina Selatan.

Di situ Awang Karim Abdul Kadir dibesarkan dan mula mengenal alam persekolahan. 

Maka, Kampung Malumbang dicatatkan sebagai kampung kelahirannya kerana sijil kelahiran belum diperkenalkan pada ketika itu.

Ibunya seorang dayang pada zaman Kesultanan Sulu manakala ayahnya seorang panglima.

Darah pahlawan kuat mengalir dalam tubuhnya kerana datuk sebelah ibunya adalah pengikut Paduka Mat Salleh di Pulau Timbang Sandakan ketika itu dikenal sebagai Duhul Bud Daerah Mangkallai.

Datuk sebelah bapanya meninggal dunia ketika berjuang menentang Jepun.

Namun anak ketiga daripada empat beradik ini memilih seni sebagai kerjayanya.

Beliau aktif menyanyi, berlakon teater dan berkarya.

Awang Karim pernah menerbitkan puisi, cerpen dan drama selain pernah terlibat dalam beberapa drama bersiri dan dua filem, iaitu 'Balan-balan The Movie' serta 'Gerimis Mengundang.'

Beliau bertanding bagi kerusi DUN Tanjong Kapor mewakili Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) berhadapan dengan pertembungan lima penjuru menentang Norlizah Gurahman (PN), Chong Chen Bin (Warisan),  Shawn Davey Robert Lee (PCS) dan Chin Kee Yong (LDP).
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah Eksekutif, Pro' Saba-f (2011 hingga kini)
  • Pelakon
  • Pegawai Kebudayaan
  • Pegawai Pos Malaysia
  • Guru
Pendidikan:
  • Kejurulatihan Teater, USM (1992)
  • SMK Abdul Rahim, Kudat
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: United Sabah National Organisation
Parti: USNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P167 Kudat N2 Tanjong Kapor
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N4 Tanjong Kapor