JEFFREY G KITINGAN

Maklumat Diri
Asal
Kota Marudu, Sabah
Tarikh lahir
22/10/1948
Pasangan
Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan

Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Keningau meraih 23,155 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 8,056.

Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Beliau juga ialah bekas Pengarah Yayasan Sabah pada 1987 hingga 1998.

Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kabinet memegang portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kenigau (2022)
  • Ahli Dewan Negara (Senator)  (1994)
  •  Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1994)
  • Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian (2020-2021)
  • Pengarah Yayasan Sabah (1987-1998)
  • Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan
  • Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Pertanian Sabah

Jawatan dalam parti:

  • Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah

Anugerah diterima:

  • Seri Panglima Darjah Kinabalu
  • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
Pendidikan:
  •  Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Universiti Harvard
  • Sekolah Undang-undang dan Diplomasi Fletcher, Harvard-Tufts
  • Ijazah Kedoktoran Harvard-Tufts
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Rakyat Sabah
Parti: GRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P180 Keningau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P182 Pensiangan N37 Sook
  • PRN DUN Sabah 16- P180 Keningau N39 Tambunan