ROSOL WAHID

Maklumat Diri
Asal
Kampung Sura Tengah Dungun
Tarikh lahir
10/7/1964
Pasangan
Toh Puan Halipah Ahmad
Anak
6 anak

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 10 Mac 2020.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 15734 undi

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1964 di Kampung Sura Tengah Dungun Terengganu pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pernah menyandang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil pada tahun 1999 hingga 2013, beliau kini menyokong parti Bersatu selepas mengumumkan keluar parti UMNO pada 2018.

Rosol telah berkahwin dengan Datin Halipah Ahmad dan dikurniakan enam anak.

Beliau dahulunya seorang guru dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu pernah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan  Kebajikan Negeri Terengganu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Rosol daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 30,925 undian ketika menentang Muhyidin Abd Rashid daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 28,057 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,868.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (10 Mac 2020 - 15 Ogos 2021)
  • Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2018 hingga kini)
  • ADUN Ajil (1999 hingga 2013)
  • Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu 
  • Guru 

Jawatan pernah disandang dalam politik:

  • Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu
  • Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Ajil 
  • Ketua UMNO Cawangan Kampung Bukit Diman
  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P38 Hulu Terengganu
  • PRU15- P38 Hulu Terengganu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P38 Hulu Terengganu N24 Ajil
  • PRU12- P38 Hulu Terengganu N24 Ajil