Affendi Jeman yang merupakan ahli politik yang bergiat aktif dalam parti sarawak dan telah melangkah perjalanannya untuk bertanding di Pilihan raya Umum (PRU) yang ke 13 bagi Parlimen Santubong
Ahli perniagaan, Affendi Jeman mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Affendi berkata keputusan untuk bertanding dibuat atas desakan ribuan rakyat di Parlimen tersebut.
Meskipun bertanding sebagai calon bebas, Affendi menegaskan beliau adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN). Katanya, BN banyak berjasa di Sarawak tetapi sayangnya pemimpin Sarawak meninggalkan BN.
Affendi juga memaklumkan beliau telah mengusulkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II diberikan kepada wakil Sabah dan Sarawak. Untuk Pru15 kali ini, beliau akan bertanding di Parlimen P193 Santubong, Sarawak memegang tiket calon bebas.