DUMI PG MASDAL

Bertanding di kawasan baharu yang diwujudkan berikutan berikutan persempadanan semula ibarat 'meraba dalam kegelapan'.

Ini sebab, tiada statistik dan bukti sahih yang boleh dijadikan panduan apa yang penduduk di kawasan itu inginkan dan golongan bagaimana yang perlu disasarkan.

Namun nasib menyebelahi Dumi Pg Masdal yang bertanding atas tiket Warisan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam di bawah Parlimen Lahad Datu apabila menang dengan memperoleh majoriti 1,542.

Beliau mengalahkan pencabar terdekat Abdul Hakim Ghulam Hasan daripada parti Perikatan Nasional yang mendapat 3,658 undi.

Turut bertanding dalam pertembungan enam penjuru itu adalah calon Parti Cinta Sabah, Matsulin Sunsang (196); calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Erwan Johan (156) dan calon Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Ahmad Tiong @ Baba (122).

Calon Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Mohammad Hamdan Abdullah memperoleh undi paling sedikit, iaitu 54.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Silam
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P188 Silam

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P188 Silam N50 Lahad Datu
  • PRN DUN Sabah 16- P188 Lahad Datu N62 Silam

Artikel Berkaitan DUMI PG MASDAL

Video Berkaitan DUMI PG MASDAL