Puan Aishaton Abu Bakar ialah satu-satunya calon wanita yang pernah bertanding di Parlimen Lipis sejak Pilihanraya Umum Tanah Melayu pertama kali diadakan di Lipis pada tahun 1959.
Berasal dan dibesarkan di Kampung Berchang, Kuala Lipis, Pahang. Beliau berkahwin dan mempunyai 5 orang cahaya mata.
Selain itu, beliau telah menjadi seorang peguam selama 20 tahun dan berpengalaman dalam bidang litigasi undang-undang jenayah, sivil, conveyancing dan korporat.
Arwah ayahanda Abu Bakar bin Chu pernah menjadi Adun Bukit Betong Padang Tengku, Kuala Lipis pada tahun 80-an dan pernah memegang jawatan sebagai Exco Agama Pahang.
Beliau bertanding di bawah tiket parti bebas sebagai Calon Bebas Parlimen Lipis pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke13.
Kini, Puan Aishaton Abu Bakar merupakan calon Parti Pejuang Tanah Air bertanding bagi kerusi Parlimen P79 Lipis pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.