Lesle Ting Xiang Zhi, 29, adalah calon muda DAP semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11.
Beliau memilih DAP kerana tertarik dengan wadah perjuangan parti untuk membawa perubahan kepada semua masyarakat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama, selain sanggup turun ke padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Berasal dari Kampung Haji Baki, Kota Sentosa, Leslie bergiat aktif dalam program-program kemasyarakatan di kawasan DUN Stakan.
Beliau bekerja sebagai eksekutif pemasaran sejak 2012, mula melibatkan diri dalam politik selepas melihat bagaimana ayahnya, seorang ahli DAP untuk lebih 30 tahun serta ibunya, Setiausaha Hal Ehwal Wanita DAP Pending, bekerja keras dalam memastikan hak dan nasib penduduk di Sarawak terbela.
Anak keempat dari lima beradik telah berentap dalam pertarungan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Mohamad Ali Mahmud.
Bagaimanapun, rakyat Stakan sebulat suara memilih Mohamad Ali sebagai wakil rakyat mereka.