MORDI ANAK BIMOL

Maklumat Diri
Asal
Bau, Kuching Sarawak
Tarikh lahir
20/1/1985
Pasangan
Gracella Santianna Yong

Mordi Anak Bimol sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Mas Gading meraih 17,274 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 5,480.

Mordi Anak Bimol merupakan Ahli Parlimen Mas Gading selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 dan pernah dicalonkan bagi Dewan Undngan Negeri (DUN) Tasik Biru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2016 namun tewas ditangan Barisan Nasional.

Beliau bertanding dalam pilihan raya pertamanya setelah terpilih sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pertandingan empat penjuru untuk kerusi persekutuan Mas Gading semasa PRU ke-13 Malaysia.

Kemenangannya pada PRU ke-14 itu dianggap mengejutkan kerana dia berjaya mengalahkan penyandangnya, Anthony Nogeh Gumbek.

Pada PRU14, beliau berjaya meraih 12,771 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Nogeh Gumbek yang meraih undi sebanyak 9,747.

Mordi memperoleh kemenangan dengan undi majoriti sebanyak 3,024. 

Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1985 adalah ahli politik parti DAP sejak 2011.

Berasal dari Bau Kuching, beliau adalah graduan dari Universiti Malaysia Sarawak dan pada November 2018, Mordi dipilih sebagai Naib Ketua Jawatankuasa Perhubungan negeri Sarawak DAP.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pembantu khas untuk naib ketua DAP dan ketua jawatankuasa perhubungan negeri Sarawak (2011)
  • Ahli Parlimen Mas Gading (2018-kini)
  • Naib Ketua Jawatankuasa Perhubungan negeri Sarawak DAP (2018-kini)
Pendidikan:

Graduan dari Universiti Malaysia Sarawak

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P192 Mas Gading
  • PRU14- P192 Mas Gading
  • PRU15- P192 Mas Gading

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P192 Mas Gading N2 Tasik Biru