ALICE LAU KIONG YIENG

Maklumat Diri
Telefon
084-336671
Email
alicelky81@gmail.com
Pasangan
Loo Chee Wee

Alice Lau Kiong Yieng, berasal dari Sibu merupakan Ahli Parlimen Lanang.

Percubaan beliau di Parlimen Lanang berhasil setelah menang bergaya dengan menewaskan penyandang lima penggal, iaitu Tiong Thai King dengan kelebihan 14,546 undi, atau 19.2 peratus undi, menjadikan beliau wanita pertama dari parti pembangkang yang dipilih sebagai Ahli Parlimen di Sarawak. Beliau telah menyandang kerusi Parlimen Lanang selama dua penggal.

Beliau mengalahkan calon daripada Barisan Nasional (BN) Kong Sien Chiu yang meraih undian sebanyak 15,359 dan calon Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai (PEACE), Priscilla Lau yang hanya mendapat 628 undi. 

Ayah beliau, Lau Cheng Kiong merupakan bekas pengerusi cawangan Pelawan bagi Sarawak Progresif Parti Demokratik (SPDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional.

Beliau juga pernah dilantik pengerusi baharu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa 1 Oktober lalu hingga 20 September 2020.

Pelantikan Alice Lau yang memiliki Sarjana Farmasi dari Universiti Strathclyde, Glasgow, Scotland, menggantikan Tan Sri Lee Lam Thye.

Pada Pru15, Alice Lau mewakili DAP akan bertanding di Parlimen P211 Lanang, Sarawak menentang dua lawannya dimana satu daripada mereka adalah calon bebas, dan satu calon dari GPS.  

Alice Lau sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Lanang meraih 30,120 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 11,544.

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi baharu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) (1 Oktober 2019 hingga 20 September 2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Parlimen Lanang (2013-kini) 
Pendidikan:
  • Sarjana Farmasi dari Universiti Strathclyde, Glasgow, Scotland
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P211 Lanang
  • PRU14- P211 Lanang
  • PRU15- P211 Lanang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P212 Sibu N47 Bawang Assan

Artikel Berkaitan ALICE LAU KIONG YIENG

Video Berkaitan ALICE LAU KIONG YIENG