Datuk Poon Ming Fung @ Frankie merupakan seorang peguam yang memiliki firman guaman sejak 1986.
Berusia 60 tahun, Frankie pernah dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan Sabah serta Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Beliau turut dilantik pemangku Pengerusi DAP Sabah pada 2019.
Dilahirkan di Sandakan, beliau berhadapan pertembungan tujuh penjuru bagi merebut kerusi DUN Tanjong Papat.
Calon lain yang turut bertanding ialah Jamal Ali (PPRS), Mohd Yunus Apil (USNO), Ken Yong (PN), Noraini Sulong (Bebas), Lam Jin Dak (LDP) dan Chung Yu Seng (PCS).
Frankie merupakan penyandang kerusi DUN Tanjong Papat.