CALVIN CHONG

Calvin Chong atau nama sebenarnya Chong Ket Kuin dari Parti DAP menggunakan logo Warisan Plus bagi bertanding kerusi DUN 55 Elopura pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.

Beliau adalah penyandang DUN Elopura berdepan saingan lima penjuru.

Calvin Chong juga terpalit dengan khabar angin mengatakan beliau akan mengubah pendiriannya dari DAP dan menerima tawaran untuk menukar parti namun ia menafikan perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau telah menolak dakwaan di Facebook bahawa dirinya telah diisytiharkan muflis dan dengan itu tidak layak bertanding dalam pilihan raya.

 

 

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menyertai DAP Sandakan (2012)
  • Bertanding DUN Karamunting Sandakan (2013)

Jawatan disandang dalam parti;

  • Naib Pengerusi DAP Sandakan (2013)
  • Pengerusi DAP Elopura Sandakan (2013)
  • Ahli Jawatankuasa DAP Sabah (2016)
  • ADUN Elopura (2018-kini)
Pendidikan:
  • SM Yu Yuan Sandakan
  • University of Hull England
  • Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan mekanikal

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P185 Batu Sapi N44 Karamunting
  • PRU14- P186 Sandakan N45 Elopura
  • PRN DUN Sabah 16- P186 Sandakan N55 Elopura