YEO TUNG SIONG

Yeo Tung Siong adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N55 Pekan Nenas, Johor sejak 2013 apabila memenangi DUN itu buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong You Fong.

Beliau yang mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi DUN tersebut dalam PRU-14 apabila menewaskan calon lain BN, Tan Eng Meng pada 2018.

Bekas guru dan timbalan pengetua ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Dalam parti, beliau memegang jawatan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) DAP Johor sejak 2014. Beliau juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Tanjung Piai sejak 2019.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Pei Chun, Pontian (2009-2010)
  • Setiausaha Pihak Pengelola Pei Chun (2006-2008)
  • Guru Disiplin (Tahun 2004- 2005)
  • Setiausaha Pembinaan Sekolah Menengah Pei Chun, Pontian (Tahun 2011-2012)

Jawatan dalam politik:

  • ADUN Pekan Nanas (2013-kini)
  • Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tanjung Piai (2019-kini)
  • AJK DAP Johor (2014-kini)
  • Pegawai Khas ADUN Skudai Dr. Boo Cheng Hau
  • Setiausaha Cawangan DAP Gelang Patah
  • Bendahari DAPSY Johor
  • Pengerusi DAP Tanjung Piai
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum, Universiti Teknologi Malaysia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P165 Tanjong Piai N55 Pekan Nenas
  • PRU14- P165 Tanjung Piai N55 Pekan Nanas
  • PRN DUN Johor- P165 Tanjung Piai N55 Pekan Nanas