EE CHIN LI

Maklumat Diri
Asal
Tangkak
Tarikh lahir
29/3/1982
Pasangan
Cher Ye Ching
Anak
1

Dua penggal menjadi ADUN Tangkak, Johor, Ee Chin Li cukup dikenali ramai dan diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Politik Menteri di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin pada tahun 2018.

Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1982 di Tangkak telah berkahwin dengan Cher Ye Ching. Pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Ee De Hui.

Chin Li mendapat pendidikan di Sekolah Menengah (SM) Persendirian Pei Hwa pada tahun 1995 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chian Kuo pada 1989.

Beliau merupakan ahli perniagaan gemar beriadah.

Penglibatan beliau dalam politik, pernah menyandang jawatan  Setiausaha Cawangan pada tahun 2007,  Setiausaha Bahagian pada 2009 dan Penolong Bendahari DAPSY Johor pada 2011.

Malah Chin Li pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Organisasi DAPSY Kebangsaan pada 2013, Bendahari DAPSY Johor tahun 2015, Ketua DAPSY Johor tahun 2017, Ketua Bahagian tahun 2018 dan Bendahari Johor tahun yang sama.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Chin Li daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 13,512 undian ketika menentang Goh Tee Tee daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 8,435 undi. Majoriti undi sebanyak 5,077.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak (2013 hingga kini)
  • Setiausaha Politik Menteri MESTECC (2018)
  • Ahli perniagaan

Lantikan Ahli Lembaga:

  • Ahli Lembaga Yayasan Pelajaran Johor (2018)
  • Ahli Lembaga Majlis Karbon Rendah Johor (2018)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Penolong Bendahari DAPSY Johor (2011)
  • Penolong Setiausaha Organisasi DAPSY Kebangsaan (2013)
  • Bendahari DAPSY Johor (2015)
  • Ketua DAPSY Johor (2017)
  • Ketua Bahagian (2018)
  • Bendahari Johor (2018)
  • Setiausaha Bahagian (2009)
  • Setiausaha Cawangan (2007)
Pendidikan:
  • SM Persendirian Pei Hwa (1995)
  • SJKC Chian Kuo (1989)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P144 Ledang N10 Tangkak
  • PRU14- P144 Ledang N10 Tangkak
  • PRN DUN Johor- P144 Ledang N10 Tangkak

Artikel Berkaitan EE CHIN LI

Video Berkaitan EE CHIN LI