KHOO POAY TIONG

Maklumat Diri
Tarikh lahir
13/12/1970

Khoo Poay Tiong adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P138 Kota Melaka pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 46,420 undi.

Jumlah peningkatan majoriti di kerusi Parlimen Kota Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14, iaitu 49,175 undi berbanding PRU13 sebanyak  20,746 undi memberi gambaran bahawa rakyat menyokong penuh Khoo Poay Tiong sebagai wakil rakyat mereka untuk penggal kali ini.

Beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 76,518 undian ketika menentang Choo Wei Sern daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 27,343 undi. 

Pertembungan tiga penjuru itu turut menyaksikan calon bebas Goh Leong San turut kecundang apabila memperoleh 1,415 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Melaka (2018-kini)
  • ADUN Ayer Keroh Melaka (2008 – 2018)
  • Ahli Parlimen Kota Melaka (2022)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi, Universiti Malaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P138 Kota Melaka
  • PRU15- P138 Kota Melaka

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P137 Bukit Katil N16 Ayer Keroh
  • PRU13- P137 Bukit Katil N16 Ayer Keroh

Artikel Berkaitan KHOO POAY TIONG

Video Berkaitan KHOO POAY TIONG