YEO BEE YIN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
26/5/1983

Yeo Bee Yin  merupakan calon PH(DAP) bertanding bagi kerusi Parlimen P102(BANGI) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Yeo Bee Yin adalah bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) merangkap Ahli Parlimen Bakri, Johor. 

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 57957 undi

Beliau juga merupakan Penolong Setiausaha Publisiti Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Bee Yin lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama dari Universiti Teknologi Petronas, dan ijazah sarjana (dengan kepujian) dari Universiti Cambridge, UK dalam Advanced Chemical Engineering. 

Beliau adalah penerima Biasiswa Cambridge Gates untuk kajian pasca siswazahnya.

Pada umur 29 tahun, beliau telah bertanding buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di mana beliau menjadi anggota paling muda di Dewan Undangan Negeri Selangor selepas menewaskan calon MCA Lim Choon Kin dengan 37,303 undi dan majoriti 30,689 undi.

Dalam PRU14 tahun 2018, Bee Yin melakar sejarah dengan memenangi majoriti tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah kawasan Parlimen Bakri.

Beliau menang dengan mendapat 38,718 undian ketika menentang Koh Chon Chai daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 15,507 undi dengan majoriti tertinggi undi sebanyak 23,211.

Yeo diiktiraf sebagai salah seorang daripada 10 individu paling penting dalam dunia sains bagi tahun 2018 oleh jurnal sains British terkemuka dunia, 'Nature'.

Beliau juga diiktiraf sebagai salah satu daripada tujuh Individu yang bangun mempertahankan bumi kita bagi tahun 2018 oleh 'Eco-Business'.

Bee Yin merupakan 'Pemimpin Belia Global' untuk kelas 2019 oleh Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum).

Beliau dilahirkan pada 26 Mei 1983 juga disenaraikan sebagai salah seorang daripda 25 pemimpin-pemimpin iklim wanita yang berpengaruh yang akan membentukkan agenda iklim dalam 2019 oleh 'The Ecologist', salah satu majalah alam sekitar British.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bakri (2022)
  • Ahli Parlimen Bakri (2018 hingga 2022)
  • Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (2 Julai 2018 hingga 24 Februari 2020)
  • ADUN Damansara Utama (2013 hingga 2018)
  • Jurutera antarabangsa Schlumberger (2006 hingga 2008)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Penolong Setiausaha Publisiti DAP
Pendidikan:
  • Sarjana kejuruteraan kimia, Universiti Cambridge , United Kingdom
  • Ijazah Sarjan Muda kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Petronas
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P145 Bakri
  • PRU15- P103 Puchong

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P106 Petaling Jaya Utara N36 Damansara Utama

Artikel Berkaitan YEO BEE YIN

Video Berkaitan YEO BEE YIN