HANNAH YEOH TSEOW SUAN

Maklumat Diri
Asal
Subang Jaya
Tarikh lahir
9/1/1979
Pasangan
Ramachandran
Anak
2

Hannah Yeoh Tseow Suan  merupakan calon PH(DAP) bertanding bagi kerusi Parlimen P117(SEGAMBUT) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau ialah wanita pertama di Malaysia yang dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 59684 undi

Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pelantikan beliau pada 2013 itu, menjadi Hannah Yeoh Tseow Suan Speaker DUN termuda negara.

Mesra dengan panggilan Hannah Yeoh, beliau merupakan bekasTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kini Ahli Parlimen Segambut di Wilayah Persekutuan setelah memenangi pilihan raya 2018.

Beliau pernah berkhindat sebagai peguam di Tasmania sebelum pulang berkhidmat di tanah air.

Tiga tahun bekerja di sebuah firma guaman di Petaling Jaya, Hannah Yeoh kemudiannya menyertai syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.

Pembabitannya dalam politik bermula hasil dorongan rakan sekolah, Edward Ling.

Beliau kemudiannya menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan bertanding buat pertama kalinya pada 2008 di kerusi DUN Subang Jaya, Selangor.

Percubaan pertamanya diterima pengundi setempat dan beliau menang dengan meraih undi majoriti selama dua penggal berturut-turut pada 2008 hingga 2018.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14, beliau bertanding kerusi Parlimen Segambut sebagai calon Pakatan Harapan (DAP) dan menang dengan undi sebanyak 53,124 dengan majoriti 45,702 undi manakala pihak lawannya, Loga Bala Mohan (Barisan Nasional) mendapat 7,422 dan Solleh Razak (Pas) memperoleh 4,181 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Belia dan Sukan (2022)
  • Ahli Parlimen Segambut (2018-kini)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (2018-2020)
  • Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor (2013-2018)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya (2008-2018)
  • Peguambela dan peguamcara 
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Australia (2001)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama
  • Sekolah Kebangsaan SS19
  • Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P117 Segambut
  • PRU15- P117 Segambut

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P104 Kelana Jaya N31 Subang Jaya
  • PRU13- P104 Kelana Jaya N31 Subang Jaya

Artikel Berkaitan HANNAH YEOH TSEOW SUAN

Video Berkaitan HANNAH YEOH TSEOW SUAN