LEONG YU MAN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
22/6/1985

Leong Yu Man, 29 merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Teriang, Pahang.

Beliau yang juga merupakan anak kepada Leong Ngah Ngah iaitu Pengerusi DAP Pahang. 

Yu Man juga merupakan Setiausaha Organisasi DAP Pahang.

Beliau juga pernah bekerjasama dengan Youth Service America, organisasi sukarelawan belia yang berpangkalan di Washington.

Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang adalah Pakar Pemakanan, Setiausaha Organisasi DAP Pahang dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang

Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Sains (Nutrisi dan kesihatan komuniti) di Universiti Putra Malaysia

Leong Yu Man merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N38-Triang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 6219 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pakar Pemakanan (2009-2013)

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Organisasi DAP Pahang

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang
Pendidikan:
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Triang 1 (1992-1997)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Triang (1998-2002)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh (2003-2004)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Nutrisi dan kesihatan komuniti) di Universiti Putra Malaysia

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P90 Bera N38 Triang
  • PRU14- P90 Bera N38 Triang
  • PRU15- P90 Bera N38 Triang