Lee Chin Cheh alah seorang ahli politik Malaysia mewakili PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N33 Bilut, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan juga beliau adalah bekas ADUN Selangor di kerusi Kajang. Beliau menjadi terkenal kerana mengosongkan kerusinya di Kajang pada 27 Januari 2014
Dalam pilihan raya umum pada 2013, beliau menang dengan majoriti 6,824 undi menentang 5 calon lain.
Peringkat pertama "Langkah Kajang" ialah pilihan raya kecil yang diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor Kajang pada 23 Mac 2014. Kerusi itu kosong selepas penyandang ADUN PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari 2014. Lee telah memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi, menentang lima calon lain, pada pilihan raya 2013.
Beliau dikatakan akan bertanding kembali di DUN yang sama N33 Bilut juga mewakili DAP pada PRU15.
Lee Chin Cheh sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Bilut meraih 8,895 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 3,111.