Biarpun memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Malaya namun ia bukanlah penghalang untuk Chow Yu Hui menceburi bidang politik.
Bermula sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pahang jawatan yang disandang sehingga kini, Yu Hui mencuba nasib bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras, Raub.
Cubaan pertama kalinya membuahkan hasil setelah menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti undi sebanyak 9,953.
Beliau mengalahkan Ng Leap Pong daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,707 undi dan Chin Choy Hee yang hanya mendapat undi 1,506.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, Chong Sin Woon merupakan calon Barisan Nasional (MCA) bertanding bagi kerusi Parlimen P80 Raub menang dengan mendapat 21,613 undian ketika menentang Datuk Chong Sin Woon dari Barisan Nasional (MCA), Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim dari Parti Perikatan Nasional (Bersatu) dan Norkhairul Anuar Mohamed Nor, calon Gerakan Tanah Air (Pejuang) dengan majoriti undi sebanyak 4,357.