TENGKU ZULPURI SHAH RAJA PUJI

Maklumat Diri
Asal
Kampung Dong Raub Pahang
Tarikh lahir
15/7/1964
Pasangan
Rashidah Ab Rahim

Bekas Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji merupakan Ahli Parlimen Raub Pahang selama sepenggal.

Beliau merupakan Naib Pengerusi DAP Pahang merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Pusat.

Bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang Selangor selama empat tahun pernah menyandang ADUN Mentakab selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tengku Zulpuri menjadi ahli DAP pada tahun 2000, kemudian dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pahang pada 2008.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah bekerja dengan sebuah syarikat Jepun di Kawasan Zon Perdagangan Bebas P1 Selangor.

Dalam penglibatan badan bukan berkanun, beliau pernah dilantik Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia pada 2008 hingga 2009.

Semasa PRU14, Tengku Zulpuri daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 20,659 undian ketika menentang Chew Mei Fun daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 17,500 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,159.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Tengku Zulpuri Shah Raja Puji merupakan calon DAP bertanding bagi kerusi Parlimen P79 Lipis dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Tras menang 17,255 undian dengan majoriti undi sebanyak 11,397. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Tras
  • Ahli Parlimen Raub  (2018 hingga 2022)
  • Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli (2 Julai 2018 hingga 24 Februari 2020)
  • ADUN Mentakab (2013 hingga 2018)
  • Ahli Majlis Perbandaran Selayang Selangor (2009 hingga 2013)
  • Ahli Perniagaan

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Pusat
  • Naib Pengerusi DAP Pahang
  • Ketua ADUN Pembangkang Pahang (2013 hingga 2018)
  • AJK DAP Pahang (2008)

Penglibatan dalam Badan Bukan Berkanun:

  • Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia (2008 hingga 2009)
Pendidikan:
  • Ijazah Sains Perubahan Homeopath (2005)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik UTM (2000)
  • Diploma Problem Solving & Creativity (2002)
  • Diploma kejuruteraan elektrik kuasa UITM Shah Alam (1984 hingga 1987)
  • Politeknik Kuantan (1981 hingga 1983)
  • Sekolah Menengah Teknik Kuantan (1980 hingga 1982)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dong Raub (1977 hingga 1979)
  • Sekolah Kebangsaan Teruntum Kuantan (1971 hingga 1976)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P80 Raub
  • PRU15- P79 Lipis

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P88 Temerloh N30 Mentakab
  • PRU15- P80 Raub N7 Tras

Artikel Berkaitan TENGKU ZULPURI SHAH RAJA PUJI

Video Berkaitan TENGKU ZULPURI SHAH RAJA PUJI