LOH SZE YEE

Maklumat Diri
Telefon
05-5983000
Email
dapdunjalong@gmail.com
Asal
Ipoh, Perak
Tarikh lahir
7/2/1975
Pasangan
Leong Pooi Wan

Loh Sze Yee adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Jalong pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 8,713 undi.

Loh Sze Yee antara penyandang yang berjaya mengekalkan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mewakili PKR, Sze Yee mendapat undian 16,138 dalam pertemuan satu lawan satu merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong di bawah Parlimen Sungai Siput, Perak.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Tan Lian Hoe yang mendapat 6,536 undi.

Beliau menang dengan kelebihan undi sebanyak 9,602.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh ini melanjutkan pengajian sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Nottingham Trent University, England. 

Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Olympia, Ipoh sebelum bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau juga merupakan bekas Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) selama setahun (2018-2019).

Penglibatannya dalam dunia politik bermula sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP sejak 2013. 

Szee Yee juga menyandang jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP.

Gemar bersukan menjadikan aktiviti berenang dan joging untuk mengisi masa lapang, anak jati Ipoh ini memilih Leong Pooi Wan sebagai suri hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Masih kukuh: ADUN PH nafi pentadbiran Perak bertukar

'Jangan bila jadi kerajaan, kita lupa diri'
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Jalong
  • Pensyarah Kolej Olympia, Ipoh, Perak
  • Peniaga

Lantikan jawatan GLC

  • Ahli Lembaga PPPNP (2018-2019)

Jawatan dalam politik:

  • Pengarah Pendidikan Politik DAP
  • AJK DAP (2013 hingga kini)

 

Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Nottingham Trent University, England
  • SMK Anderson, Ipoh, Perak
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P62 Sungai Siput N22 Jalong
  • PRU14- P62 Sungai Siput N22 Jalong
  • PRU15- P62 Sungai Siput N22 Jalong

Artikel Berkaitan LOH SZE YEE

Video Berkaitan LOH SZE YEE