TEH KOK LIM

Maklumat Diri
Email
koklimteh@gmail.com
Tarikh lahir
18/3/1970
Pasangan
Ng Sok Chin
Anak
3 anak

Teh Kok Lim adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N18 Aulong pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 14,857 undi.

Ahli Perniagaan Teh Kok Lim merupakan Ahli Parlimen Taiping, Perak selama sepenggal.

Beliau dilahirkan pada 18 Mac 1970 di Taiping telah berkahwin dengan Ng Sok Chin. Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.

Mendapat pendidikan tertinggi di Monash University, Melbourne Australia pada 1990 hingga 1992 selepas melanjutkan pengajian pra universiti di Trinity Grammar School, Melbourne pada tahun 1989.

Beliau kemudian memulakan kerjayanya sebagai Pengurus operasi dengan mengusahakan perniagaan keluarga iaitu Ramlitac Plastic Ind. Sdn Bhd sejak 1993.

Penglibatan dalam politik, beliau pernah menyandang ADUN Pokok Assam Perak selama sepenggal selepas menang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau juga dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Perak pada tahun 2010 dan menyandang jawatan Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Perak selama tiga tahun.

Kini, beliau dilantik Setiausaha Organisasi DAP Perak.

Pada PRU14, Kok Lim daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 42,997 undian ketika menentang Tan Keng Liang daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 15,613 undi. Majoriti undi sebanyak 27,384.

ARTIKEL BERKAITAN:

Taiping bakal hilang Lapangan Terbang Tekah?

Wartakan semula tanah di Taman Tasik Taiping

34 majikan gagal daftar pekerja dikompaun

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Taiping (2018 hingga kini)
  • Pengurus operasi Ramlitac Plastic Ind. Sdn Bhd
  • ADUN Pokok Assam (2013 hingga 2018)

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Organisasi DAP Perak (2015 hingga kini)
  • Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Perak (2012 hingga 2015)
  • AJK DAP Perak (2010)
Pendidikan:
  • Monash University, Melbourne Australia (1990 hingga 1992)
  • Trinity Grammar School, Melbourne ( Pre U) (1989)
  • SMJK Hua Lian (1983hingga 88)
  • SJK Hua Lian 1 (1977 hingga 1982)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P60 Taiping

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P60 Taiping N17 Pokok Assam
  • PRU15- P60 Taiping N18 Aulong

Artikel Berkaitan TEH KOK LIM

Video Berkaitan TEH KOK LIM