CHA KEE CHIN

Maklumat Diri
Asal
Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh lahir
20/11/1974
Pasangan
Wong Wei Yen

Cha Kee Chin adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P130 Rasah pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 61,987 undi.

Menang dengan majoriti besar adalah satu pencapaian yang membanggakan buat calon yang bertanding dalam pilihan raya.

Begitulah kejayaan Chaa Kee Chin dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam merebut kerusi Parlimen Rasah, Negeri Sembilan.

Beliau yang mewakili parti Pakatan Harapan mendapat kemenangan mudah dengan jumlah undi 61,806, mengalahkan calon lawan daripada Barisan Nasional, Ng Kian Nam yang mendapat 14,939 undi; calon Pas, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (8,260) dan calon Parti Alternatif Rakyat Malaysia (PAP), David Dass hanya mendapat 302 undi.

Dalam pertembungan empat penjuru itu, Kee Chin memperoleh undi majoriti sebanyak 46,867.

Dilahirkan pada 20 November 1974, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chio Chiao, Salak, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Said, Nilai (1987-1992) dan SMK St Paul (1993-1994).

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Sains (1995-1999) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Memiliki Ijazah Sarjana Jurisprudens dari Universiti Malaya (UM), beliau turut mengambil ujian Sijil Amalan Guaman (CLP) pada tahun 2005.

Sebaik menamatkan pengajiannya, beliau bekerja di Brickfields College Asia (BAC), Petaling Jaya sebagai pensyarah Undang-undang selama tiga tahun sebelum terlibat dengan politik pada 2008.

Kerjaya politiknya bermula sebagai Setiausaha DAP Negeri Sembilan pada 2008 dan kemudian diamanahkan untuk menyandang jawatan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) pada 2016.

Kini beliau dilantik sebagai Pengarah PH Rasah sejak 2018 hingga kini. 

Beliau juga merupakan pengasas kepada KC Cha, Lee & Partners, firma guaman miliknya. 

Atas bakat pengurusan yang dimiliki, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sejak 2019 hingga kini.

Anak jati Seremban ini mendirikan rumah tangga dengan Wong Wei Yen dan gemar menanam sayur bagi mengisi masa lapang.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Rasah (2018 hingga kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah SAINS (2019 hingga kini)
  • Pengasas Tetuan KC Cha, Lee & Partners (2006 sehingga kini)
  • Pensyarah Undang-undang BAC, Petaling Jaya (2005-2008)
Pendidikan:
  • Sarjana Jurisprudens UM, Kuala Lumpur (2000-2003)
  • Sarjana Muda Sains UKM, Selangor (1995-1999)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul, Negeri Sembilan (1993-1994)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan (1987-1992)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chio Chiao, Salak, Selangor (1981-1986) 
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P130 Rasah
  • PRU15- P130 Rasah

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P130 Rasah N23 Mambau
  • PRU12- P130 Rasah N21 Bukit Kepayang
  • PRU13- P130 Rasah N21 Bukit Kepayang

Video Berkaitan CHA KEE CHIN