TERESA KOK SUH SIM

Maklumat Diri
Asal
Kuala Lumpur
Tarikh lahir
31/3/1964

Teresa Kok Suh Sim merupakan calon PH(DAP) bertanding bagi kerusi Parlimen P122(SEPUTEH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.   Bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menyandang Ahli Parlimen Supetah selama empat penggal.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 67187 undi

Beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara selama sepenggal itu pernah dilantik EXCO Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan pada 2008 hingga 2013.

Teresa pernah menjadi setiausaha politik kepada Lim Kit Siang dari 1990 hingga 1995. 

Pada 1995, beliau bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat di atas tiket DAP tetapi ditewaskan oleh calon MCA. 

Beliau kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik untuk menyambung pelajarannya. Dalam Pilihan Raya Umum 1999, Kok memenangi kerusi Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur dengan majoriti 5,200 dan terpilih semula pada 2004 dengan majoriti 12,895, yang terbesar antara 13 Ahli Parlimen DAP yang terpilih.

YB Teresa ialah Setiausaha Publisiti DAP, Setiausaha Nasional kepada DAP Wanita, dan ahli Jawatankuasa Disiplin DAP. 

Peringkat Parlimen, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan untuk Kajian Semula Kanun Jenayah dan Kanun Prosedur Jenayah. 

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU)ke 12, beliau mengekalkan kerusi Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur, dengan majoriti 36,492. Majoriti ini merupakan majoriti yang terbesar dalam pilihan raya tersebut dan beliau juga pernah memenangi kerusi DUN  Kinrara.

Kemudian pada PRU14, Teresa Pakatan Harapan (DAP) menang dengan mendapat 63,094 undian ketika menentang Chan Quin Er daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 7,035 undi dengan majoriti undi sebanyak 56,059.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Supetah (2004-kini)
  • ADUN Kinrara (2008-2013)
  • EXCO Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan (2008-2013)
  • Setiausaha politik kepada Lim Kit Siang (1990-1995)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (1995-kini)
  • Timbalan Setiausaha Agung (2017)
  • Naib Pengerusi (2012-2017)
  • Setiausaha Kebangsaan (2008-2011)
  • Setiausaha Publisiti DAP (2004-2007)
  • Setiausaha Nasional Wanita (2004-2007)
  • Penolong Setiausaha Publisiti Nasional (1995-1996)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Falsafah UM
  • Ijazah Sarjana Sains Politik UM
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media USM 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P122 Seputeh
  • PRU12- P122 Seputeh
  • PRU13- P122 Seputeh
  • PRU14- P122 Seputeh
  • PRU15- P122 Seputeh

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P103 Puchong N30 Kinrara

Artikel Berkaitan TERESA KOK SUH SIM

Video Berkaitan TERESA KOK SUH SIM