SIVAKUMAR AL VARATHARAJU NAIDU

Maklumat Diri
Tarikh lahir
5/12/1970
Anak
2

SIVAKUMAR AL VARATHARAJU NAIDU adalah calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen P66 Batu Gajah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Batu Gajah dengan majoriti undi 53,836

Beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.

Sivakumar Varatharaju merupakan ahli politik DAP dan pernah menjadi Adun kawasan Tronoh, Negeri Perak, Malaysia.

Beliau menjadi orang India pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga di Malaysia selepas menggantikan Yunus Wahid (2000-2008).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Sumber Manusia (2022)
  • Ahli politik
  • Ahli perniagaan
  • Ahli Parlimen Batu Gajah

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha politik ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran  
  • Timbalan Setiausaha Agung DA

Jawatan dalam kerajaan:

  • Speaker DUN Perak
  • ADUN kawasan Tronoh
  • Lembaga Pengarah Yayasan Perak
  • Lembaga Pemegang Amanah (Kuala Lumpur) Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (2018)
Pendidikan:
  • Lulusan Falsafah Perundangan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan 
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya  (1994)
  • Ijazah Bersekutu dalam Pentadbiran Agensi Insurans (AIAA) daripada Life Office Management Association, Amerika Syarikat  (2000)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P66 Batu Gajah
  • PRU14- P66 Batu Gajah
  • PRU15- P66 Batu Gajah

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P66 Batu Gajah N33 Tronoh