Dr. Hiew King Cheu merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dari Barisan Nasional setelah keluar daripada DAP dan menjadi wakil Bebas seketika.
Sebelum itu beliau adalah bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 2008 hingga 2013.
King Cheu dipilih ke Dewan Rakyat Parlimen Malaysia di dalam Pilihanraya Umum 2008.
Pada PRN Sabah ke-16 ini beliau mewakil Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Luyang dalam saingan enam penjuru.
Calon lain yang turut bertanding ialah Chin Ling Ling sebagai calon Bebas; Datuk Anthony Linggian @ Chong Yuk Ken JP (LDP); Wilson Chang Khai Sim (PCS); Gee Tien Siong (PN) dabn Phoong Jin Zhe (Warisan).
Jumlah pengundi DUN Luyang secara keseluruhannya sebanyak 25,775.