LOKE SIEW FOOK

Maklumat Diri
Asal
Seremban
Tarikh lahir
5/2/1976
Pasangan
Ng Chi Ling

Anthony Loke atau Loke Siew Fook adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P128 Seremban pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 30,841 undi.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Pakatan Harapan N01 Chennah  pada PRN Negeri Sembilan.

Beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri Pengangkutan pada 2 Disember 2022.

Loke Siew Fook bertugas di Kabinet sebagai Menteri Pengangkutan dari 21 Mei 2018 hingga 23 Februari 2020.

Beliau kini adalah Ahli Parlimen Seremban yang mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan gabungan dalam Pakatan Harapan (Perikatan Harapan).

Dilahirkan pada 28 April 1977, Loke telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Seremban sejak Mei 2013. Sebelum ini, beliau adalah Ahli Parlimen Rasah dari Mac 2008 hingga Mei 2013.

Sejak tahun 2004, Loke telah memegang pelbagai jawatan dalam DAP termasuk Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP.

Loke juga pernah berkhidmat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan selama empat penggal dari 2004 selepas menjadi ADUN Lobak (2004-2008) dan ADUN Chennah pada 2013 hingga 2018.

Beliau kini pengerusi DAP Negeri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, pengarah pendidikan politik nasional dan ahli Jawatankuasa eksekutif Pusat.

Memulakan pendidikan awal dan menengahnya di St.Paul's Institution di Seremban. Pada Tingkatan Enam pula, beliau belajar di SMK Seri Ampangan. 

Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pembangunan Sains yang mengambil jurusan ekonomi dan pengurusan.

Berasal dari Seremban, Loke mula menyertai DAP pada tahun 1994 dan bertugas sebagai ahli biasa. Pada tahun 2002, beliau memulakan perkhidmatan sebagai eksekutif projek khas.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Seremban atas tiket DAP. 

Beliau dengan mendapat 55,503 undian ketika menentang Chong Sin Woon daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 24,809 undi. Majoriti undi sebanyak 30,694.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Seremban (2018-kini)
  • Menteri Pengangkutan (2018-2020 & 2022-Kini)
  • ADUN Chennah (2013 -2018)
  • Ahli Parlimen Rasah (2008 -2013)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak (2004-2008) 

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Agung DAP (Menggantikan Lim Guan Eng)
  • Pengerusi DAP Negeri
  • Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP
  • Pengarah pendidikan politik nasional 
  • Ahli Jawatankuasa eksekutif Pusat
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Pembangunan Sains jurusan ekonomi dan pengurusan UKM
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan
  • St.Paul's Institution, Seremban
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P130 Rasah
  • PRU13- P128 Seremban
  • PRU14- P128 Seremban
  • PRU15- P128 Seremban

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P128 Seremban N11 Lobak
  • PRU12- P128 Seremban N11 Lobak
  • PRU13- P126 Jelebu N1 Chennah
  • PRU14- P126 Jelebu N1 Chennah
  • PRU PRN15- P126 Jelebu N1 Chennah

Artikel Berkaitan LOKE SIEW FOOK

Video Berkaitan LOKE SIEW FOOK