Wong Ling Biu merupakan Ahli Parlimen Sarikei sejak 2013 selepas berjaya menawan kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekali gus memegang selama dua penggal.
Bertanding atas tiket DAP. beliau juga antara pemimpin politik dijangkiti Covid-19 pada 7 Mac 2020 dan ditempatkan di Hospital Sibu. Selepas menerima rawatan selama 79 hari termasuk 42 hari koma, Wong kembali pulih dan keluar hospital pada 30 Mei 2020.
Pada PRU Ke 14, Wong Ling Biu daripada DAP menang dengan mendapat 16,327 undian ketika menentang Huang Tiong Sii daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 13,757 undi.
Majoriti undi sebanyak 2,570.