EDWARD ANAK ANDREW LUAK

Ketua cawangan DAP Serian Edward Andrew Luak telah keluar dari DAP pada Jun 2020 setelah mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja.

Beliau berusia 67 didakwa keluar parti kerana kepimpinan negeri tidak memilihnya sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) akan datang sebaliknya kemukakan calon baru. 

Sebelum ini, Luwak mewakili DAP di kerusi Parlimen Serian pada pilihan raya umum 2013 dan kerusi Bukit Semuja pada PRN 2016.

Beliau bertanding semula di Serian pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, tetapi tewas kepada Richard Riot daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Luwak dikatakan tidak akan berundur daripada arena politik, tetapi belum memutuskan untuk menyertai parti lain.

Cabang Dap Serian kini mempunyai misi memenangi dua Dun di Serian pada PRN ke 12 iaitu Dun Bukit Semuja dan Kedu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Tadbir, Kerajaan Sarawak, Penasihat Syarikat, Shell Malaysia
  • Setiausaha Sulit kepada Menteri Muda
  • Penolong Pegawai Daerah
  • Pegawai Daerah
  • Penasihat Kerajaan dan Perhubungan Luar
  • Perunding bebas dalam Hartanah, Perhubungan Awam dan Protokol Malaysia

Jawatan disandang dalam politik;

  • Bekas ketua cawangan DAP Serian
Pendidikan:
  •  Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Paun
  • Sekolah Rendah Berasrama St Theresa, Serian
  • St. Joseph School 
  • St Francis Xavier Seminary, Ponggol Singapore
  • Sarjana Muda Sains Pentadbiran, Pengurusan (Kepujian)  United Kingdom
  • Sarjana dalam Reiki dari Pusat Perubatan Alternatif Akademi
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan  (Pengurusan ADM)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bumi Kenyalang
Parti: PBK
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P199 Serian
  • PRU14- P199 Serian

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P199 Serian N23 Bukit Semuja
  • PRN DUN Sarawak 12- P199 Serian N23 Bukit Semuja