MAHDZIR IBRAHIM

Mahdzir Ibrahim adalah calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Semerah, Johor pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.

Beliau juga salah seorang calon Melayu yang bertanding pilihanraya umum bagi tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke12.

Anak kelahiran Johor yang gigih bergiat dalam bidang seni muzik dan kebudayaan. Beliau pernah menjadi perunding dan jurulatih muzik di sebuah kolej swasta.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda DAP
  • Pegawai Komunikasi di Sekretariat Belia Negeri Selangor 
  • Penyelaras Media Roketkini
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P165 Tanjong Piai
  • PRU15- P149 Sri Gading

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P7 Padang Terap N8 Pedu
  • PRN DUN Johor- P147 Parit Sulong N17 Semerah