TEO NIE CHING

Maklumat Diri
Tarikh lahir
27/1/1981
Pasangan
Gan Saw Chien

Teo Nie Ching adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P163 Kulai pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 36,023 undi.

Peningkatan jumlah majoriti 32,748 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Parlimen Kulai, Johor membuatkan Teo Nie Ching sukar ditandingi oleh pihak lawan.

Dalam pertembungan tiga penjuru, beliau menang dengan mendapat 55,312 undian ketika menentang Tang Nai Soon daripada parti Barisan Nasional mendapat 22,564 undi.

Beliau kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital.

Sementara itu, PRU13, beliau mendapat undian 43,338 menentang Tay Chin Hein daripada parti Barisan Nasional yang beroleh 29,888 undi dengan majoriti 13,450.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan dan bekas Ahli Parlimen Serdang, Selangor ini dilahirkan pada 27 Januari 1981.

Di peringkat politik, beliau pernah memegang jawatan penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kulai (2013 hingga kini)
  • Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (2022)
  • Timbalan Menteri Pendidikan (2 Julai 2018 – 24 Februari 2020)
  • Ahli Parlimen Serdang (8 Mac 2008 – 5 Mei 2013)

Jawatan yang pernah disandang politik:

  • Penolong Setiausaha Penganjur DAP Selangor
  • Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
Pendidikan:
  • Ijazah undang-undang dari University of West England (2002)
  • Sijil Amalan Undang-undang dari Universiti Malaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P102 Serdang
  • PRU13- P163 Kulai
  • PRU14- P163 Kulai
  • PRU15- P163 Kulai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan TEO NIE CHING

Video Berkaitan TEO NIE CHING