DAMIAN YEO SHEN LI

Maklumat Diri
Tarikh lahir
31/3/1975

Meskipun berlaku pertembungan sengit empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun Parti Tindakan Demokratik (DAP) diwakili Damian Yeo Shen Li berjaya mengekalkan kedudukan parti tersebut selama dua penggal.

Pada PRU14, Damian daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 7,642 undian ketika menentang Lee Kiat Lee daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,747 undi.

Majoriti undi turut merekodkan penambahan sebanyak 2,895 berbanding pilihan raya lalu hanya 205 undi.

Dalam pertembungan empat penjuru ini, calon Pas iaitu Kamarudin Sedik mendapat 2,938 undi manakala calon Bebas Lim Jak Wong hanya sekadar 62 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pensyarah RANGER College Malacca (1997-2000)
  • Pelajar di Chambers At Messrs Andrew Ts Goh & Khairil (2000)
  • Pembantu Undang-Undang Di Bashir & Co (2001-2003)
  • Peguam
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong (2018 hingga kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan Melaka (Melcat)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha DAP Melaka
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Banda Hilir (1982-1987)
  • Malacca High School (1988-1992)
  • A-Levels (GCE Cambridge) (1993)
  • Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) University Of London (1994 - 1996) 
  • Certificate In Legal Practice (LPQB, Malaysia)(2000)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P135 Alor Gajah

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P138 Kota Melaka N21 Duyong
  • PRU14- P138 Kota Melaka N21 Duyong
  • PRN DUN Melaka- P138 Kota Melaka N21 Duyong

Artikel Berkaitan DAMIAN YEO SHEN LI

Video Berkaitan DAMIAN YEO SHEN LI