FONG KUI LUN

Maklumat Diri
Asal
Sungai Besi
Tarikh lahir
28/9/1946
Pasangan
Ong Kwai Leng
Anak
4 orang

Fong Kui Lin merupakan calon PH(DAP) bertanding bagi kerusi Parlimen P120(BUKIT BINTANG) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 38977 undi

  Perwatakan mesra dan mudah didekati, Fong Kui Lun menyandang Ahli Parlimen Bukit Bintang sejak tahun 1999 dan amat dikenali para pengundinya sekitar Kuala Lumpur termasuk luar bandar.

Fong Kui pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Singapura sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Amat meminati dunia politik, beliau nekad menyertai parti DAP pada 1967. 

Sejak itu beliau telah menyandang pelbagai jawatan dalam parti antaranya, Pengerusi Negeri DAP Selangor (1995 – 1997), Naib Pengerusi DAP Wilayah Perseketuan dan Bendahari Kebangsaan DAP Malaysia.

Fong Kui pernah bertanding di kerusi DUN Selangor Kawasan Seri Kembangan melawan calon MCA pada 1982 tetapi tidak berjaya. 

Namun pada 1990, beliau mencabar dirinya bertanding di kerusi Parlimen Klang dan berjaya menjadi Ahli Parliamen Klang (1990-1994). 

Beliau mendapat kepercayaan parti seterusnya bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bintang dan menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang sejak 1999 hingga sekarang. 

Fong Kui telah mewakili DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bintang dalam pilihan raya umum tahun 1994, 2004, 2008, 2013, 2018 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti besar.

Disamping menjalankan tugas Ahli Parlimen, beliau juga banyak terlibat aktiviti kebajikan dan sukarela dan dilantik Presiden Persatuan Alumni SMJK Katholik Petaling Jaya sejak 1988 hinga 2019. 

Pada PRU14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 44,516 undian ketika menentang Tan Ean Ean daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 7,256 undi. Majoriti undi sebanyak 37,260.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bukit Bintang (1999-kini)
  • Ahli Parliamen Klang (1990-1994)
  • Ahli Majlis Menteri Wilayah (Pelancongan, Seni dan Budaya)

Jawatan dalam parti:

  • Pengerusi Negeri DAP Selangor (1995 – 1997) 
  • Naib Pengerusi DAP Wilayah Perseketuan 
  • Bendahari Kebangsaan DAP Malaysia

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Presiden Persatuan Alumni SMJK Katholik Petaling Jaya (1988-2019)
Pendidikan:
  • SMJK Katholik Petaling Jaya
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Besi
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P120 Bukit Bintang
  • PRU12- P120 Bukit Bintang
  • PRU13- P120 Bukit Bintang
  • PRU14- P120 Bukit Bintang
  • PRU15- P120 Bukit Bintang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan FONG KUI LUN

Video Berkaitan FONG KUI LUN