LIM LIP ENG

Lim Lip Eng merupakan calon PH(DAP) bertanding bagi kerusi Parlimen P114(KEPONG)pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Berkhidmat sebagai peguam di firma guaman Stella, Lim di Kuala Lumpur, Lim Lip Eng juga merupakan Ahli Parlimen Kepong Kuala Lumpur sejak 2018.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 61081 undi

Berusia 49 tahun, beliau juga pemilik ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari United Kingdom (UK).

Dalam dunia politik, beliau mula menyertai DAP sejak tahun 1998 sehingga kini masih aktif memperjuangkan dan mendukung perjuangan parti.

Pada peringkat sekolah, beliau melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika PRU Ke-14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 56,516 undian ketika menentang Ong Siang Liang daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,888 undi dengan jumlah majoriti sebanyak 51,628 undi.


 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kepong Kuala Lumpur (2018-kini)
  • Ahli Parlimen Segambut (2008-2013)
  • Peguam
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari United Kingdom (UK)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P117 Segambut
  • PRU13- P117 Segambut
  • PRU14- P114 Kepong
  • PRU15- P114 Kepong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan LIM LIP ENG

Video Berkaitan LIM LIP ENG