Ahli Parlimen Klang, Selangor Charles Santiago daripada Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 98,279 undian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam pertembungan empat penjuru itu, beliau menentang Ching Eu Boon daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 19,506 undi.
Turut bertanding parti Pas, Khairul Shah Abdullah memperoleh 9,169 dan bebas, Puvananderan A/L Ganasamoorthy meraih 120 undi.
Santiago memegang selama tiga penggal kerusi Parlimen Klang sejak tahun 2008 mendapat jumlah majoriti sebanyak 78,773.