ONG KIAN MING

Maklumat Diri
Tarikh lahir
12/9/1975

Dr Ong Kian Ming merupakan Ahli Parlimen Bangi, Selangor sejak Mei 2018 hingga kini merangkap pembantu Pengarah Pendidikan Politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) bermula pada 7 Jun 2021.

Beliau dilahirkan pada 12 September 1975 pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2018 hingga Februari 2020 semasa dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kian Ming juga memiliki pengalaman termasuk menjadi penganalisis dasar untuk Institut Pembangunan dan Penyelidikan Sosio Ekonomi (SEDAR) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP). 

Di samping itu, beliau juga merupakan perunding bersekutu untuk Boston Consulting Group Kuala Lumpur.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 102,557 undian.

Dalam pertembungan empat penjuru itu, beliau menentang Mohd Shafie Ngah daripada Pas yang mendapat 33,789 undi dengan majoriti undian sebanyak 68,768.

Turut bertanding parti Barisan Nasional (BN), Liew Yuen Keong meraih 19,766 manakala PRM, Dennis Wan Jinn Woei mendapat 215 undian.

Beliau telah memegang selama dua penggal kerusi Parlimen Bangi sejak tahun 2013 hingga kini.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bangi (2013 hingga kini)
  • Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2018-2020)
  • Penasihat dasar INSAP
  • Penasihat dasar SEDAR
  • Perunding bersekutu  Boston Consulting Group Kuala Lumpur
Pendidikan:
  • Ijazah kedoktoran bidang sains politik Universiti Duke, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Ekonomi Universiti Cambridge
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P102 Serdang
  • PRU14- P102 Bangi

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan ONG KIAN MING

Video Berkaitan ONG KIAN MING