KASTHURIRAANI AP PATTO

Maklumat Diri
Asal
Ipoh Perak
Tarikh lahir
9/8/1979

Bermula kerjaya sebagai pegawai penyelaras di Pejabat EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, di Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Selangor dan DUN Bukit Gasing, Petaling Jaya, P Kasthuriraani diberi kepercayaan bertanding di Parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau menjadi  pegawai penyelaras di SUK Selangor selama setahun iaitu pada 2010 hingga 2011 manakala di DUN Bukit Gasing selama dua tahun iaitu tahun 2011 hingga 2013.

Kasthuriraani diminta untuk menjadi pegawai penyelaras di DUN Bukit Gasing selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Edward Lee Poh Lin akibat komplikasi berkaitan kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi pada 20 Disember 2011.

Pada 2013, Kasthuriraani kemudian menjadi calon DAP di Parlimen Batu Kawan dan telah menang dengan majoriti 25,962 dalam perlawanan empat penjuru di mana dua calon telah hilang deposit.

Seterusnya, beliau sekali lagi menggalas tanggungjawab dan diamanahkan untuk bertanding di parlimen sama serta membawa kemenangan dengan jumlah majoriti meningkat kepada 33,553 undi.

Dalam pertembungan empat penjuru itu, beliau mendapat 42,683 undian ketika menentang B Jayanthi Devi daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 9,130 undi.

Anak watan Ipoh Perak ini merupakan lulusan Universiti Malaya dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi).

Beliau juga pernah dinobatkan antara ‘14 influential Asian women who are shaping a more inclusive global society’ oleh The Edge - Options.

Gemar melakukan aktiviti lasak dan suka membaca, melukis, beliau pernah menimba pengalaman tinggal bersama masyarakat Orang Asli di dalam hutan untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan masyarakat tersebut selain menyelami keindahan alam semulajadi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Batu Kawan (2013 hingga kini)
  • Pegawai Penyelaras di DUN Bukit Gasing (2011 hingga 2013)
  • Pegawai Penyelaras di Pejabat EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ronnie Liu di SUK, Selangor (2010 hingga 2011)
  • Gribbles Pathology (Medical Laboratory Scientist) (2004-2009)
  • Wellness Laboratories (Medical Laboratory Technician) (September hingga November 2004)
  • Customer Service (cuti semester) (2001)

Jawatan dalam GLC dan lantikan lain:

  • Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (Penang Women’s Development Corporation PWDC) (2018 hingga kini)
  • Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Pembangunan Anak Muda Pulau Pinang (Penang Youth Development Corporation PYDC) (2019 hingga kini)
  • Ahli Majlis Eksekutif Parliamentarians for Global Action (PGA) (2019 hingga kini)
  • Ahli Panel Antarabangsa of Parliamentarians for the Freedom of Religion and Belief (IPPFoRB) (2018 hingga kini)
  • Ahli ASEAN Parliamentarians for Human Rights (2013 hingga kini)
  • Ahli Women In Parliament (WIP)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Antarabangsa Wanita DAP (2018 hingga 2020/2021)
  • Naib Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang (2019 hingga 2021)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi)Universiti Malaya (1999 hingga 2003)
  • Tingkatan 6 di St Michael’s Institution, Ipoh (1997 hingga 1998)
  • Tingkatan 1 hingga 5 di  Sekolah Menengah Convent, Ipoh (1992 hingga 1996)
  • Darjah 1 hingga 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Marian Convent, Ipoh (1986 hingga 1991)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P46 Batu Kawan
  • PRU14- P46 Batu Kawan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada