Perwatakan mesra dan mudah memberi senyuman kepada umum tidak hairanlah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Sim Chee Keong atau lebih dikenali sebagai Steven Sim dikenali ramai.
Beliau sering menyantuni masyarakat tanpa berbilang bangsa telah menyandang Parlimen Bukit Mertajam selama dua penggal dilahirkan di Pulau Pinang pada 13 Mei 1982.
Mendapat pendidikan tertinggi dengan kelayakan akademik, Sarjana Pengurusan Pembangunan Lestari, Sunway University di bawah tokoh-tokoh ekonomi dan pembangunan yang terkemuka seperti Profesor Dr. Jeffrey Sachs Dan Prof Datuk Dr Woo Wing Thye pada tahun lalu.
Sebelum itu, beliau sudah memiliki lulusan akademik Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Malaya pada tahun 2002 hingga 2006.
Bekas pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam ini pernah dilantik Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan Seberang Perai pada tahun 2011 sebelum menjadi Ahli Parlimen.
Beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai Eksekutif Kanan, Penang Institute selama tiga tahun iaitu pada tahun 2010 hingga 2013.
Sejak tahun 2013, Steven Sim juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah, Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam kerajaan negeri Pulau Pinang.
Selain itu, beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha Kerja bagi Network of Social Democracy Asia (SOCDEM Asia) yang merupakan rangkaian gabungan parti-parti, NGO, ahli akademik serta individu berlandaskan prinsip demokrasi sosial.
Steven Sim yang gemar bersukan terutama dalam aktiviti larian dan membaca ketika waktu lapang pernah dinobatkan sebagai Young Global Leader oleh World Economic Forum di Davos pada 2012.
Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan telah menerbitkan beberapa buah buku, seperti, The Audacity to Think: An Invitation to Rethink Politics (2012), Being Malaysia (2018), sebuah antologi puisi Melayu, Dalam Salju Ada Bunga (2018) dan sebuah komentar sosial kontemporari Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa (2021 - dalam cetakan).
Bercerita mengenai penglibatan dalam politik, beliau kini menyandang jawatan Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang dan bekas Pengarah Pendidikan Politik, DAP Pulau Pinang selama lima tahun iaitu pada tahun 2015 hingga 2018.
Selepas Pilihan Raya Umum (PRU)-14, beliau diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan sehingga pertukaran kerajaan persekutuan pada Februari 2020.
Semasa PRU14, beliau daripada Pakatan Harapan berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Bukit Mertajam dengan mendapat 63,784 undian ketika menentang Gui Guat Lye daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 10,907 undi. Majoriti undi sebanyak 52,877.