Liew Chin Tong adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P162 Iskandar Puteri pada PRU ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 60,036 undi.
Beliau kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri .
Liew Chin Tong pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen untuk kawasan Parlimen Bukit Bendera di Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga 2013.
Beliau juga pernah memegang jawatan anggota Parlimen Kluang, Johor dari tahun 2013 hingga 2018.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, (PRU-14), Liew Chin Tong bertanding di Parlimen Ayer Hitam namun tewas kepada Presiden MCA, Wee Ka Siong dengan majoriti 303 undi.
Beliau dilantik sebagai senator dalam Parlimen pada 2018 sehingga 2021 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Merupakan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pernah memegang portfolio Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP.