Voon Lee Shan adalah calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Batu Lintang, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Beliau menyandang jawatan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK)
Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan mengesahkan akan bertanding di kerusi Bandar Kuching pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Beliau akan berdepan penyandang DAP Dr Kelvin Yii Lee Wuen dan calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Beliau mengambil keputusan untuk bertanding di Bandar Kuching, bukannya Stampin, selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.