CHONG CHIENG JEN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
12/2/1971
Pasangan
Tan Hui Poh
Anak
3 anak

Chong Chieng Jen dilahirkan pada 12 Februari 1971 mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa untuk penggal ketiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) Ke-11.

Chong yang juga Anggota Parlimen Bandar Kuching menang dengan majoriti 2,819 undi mengalahkan calon BN Yap Yau Sin.

Pengerusi DAP Sarawak ini mulakan kerjaya politiknya selepas buat pertama kali bertanding di dalam pilihan raya pada 1999 bagi kawasan Kuching atas tiket DAP tetapi tewas kepada calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Song Swee Guan.

Berikutnya beliau bertanding di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2001 bagi kerusi Padungan kepada Lily Yong, seorang calon SUPP. Walau bagaimanapun, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk Bandar Kuching pada tahun 2004 dengan majoriti 2,041, ADUN Sarawak untuk kerusi Kota Sentosa yang baru diwujudkan pada tahun 2006 dan mempertahankan kerusi parlimennya pada 2008 dengan majoriti yang lebih besar. 

Sekali lagi, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negerinya dari Datuk Yap Chin Loi dengan majoriti sebanyak 4,824 pada tahun 2011.

Pada 17 Disember 2012, semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Chong adalah antara tujuh pemimpin DAP yang dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Pada 5 Mei 2013, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Bandar Kuching untuk kali terakhir dalam pilihan raya umum ke-13 Malaysia dan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih besar iaitu 19,642 undi berbanding Tan Kai.

Pada 12 November 2017, semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Chong dilantik semula sebagai salah seorang daripada lima naib pengerusi kebangsaan.

Selepas menang kerusi Parlimen Stampin PRU 14, pada 2 Julai 2018, Chong mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Chong merupakan seorang peguam turut memiliki firma guaman bernama Chong Brothers Advocates. 

Beliau juga merupakan setiausaha agung DAP Sarawak, Ahli Jawatankuasa Kerja bagi DAP Malaysia, Ketua Pemuda Sosialis DAP Sarawak dan ahli seumur hidup DAP semenjak 1998.

Chong Chieng Jen sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Stampin meraih 39,310 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 7,158.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2018-2020)
  • Ahli Parlimen Stampin (2018-kini)
  • ADUN Kota Sentosa (2011-kini)

Jawatan yang pernah disandang;

  • Pengerusi DAP Sarawak
  • Setiausaha Agung DAP Sarawak
  • Ahli Jawatankuasa Kerja bagi DAP Malaysia
  •  Ketua Pemuda Sosialis DAP Sarawak
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Perdagangan (Akaun & Ekonomi) dan Undang-undang Universiti Nasional Australia, Canberra.
  • Saint Patrick's School, Singapura
  • SMK St. Joseph, Kuching
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Methodist, Sibu
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P195 Bandar Kuching
  • PRU12- P195 Bandar Kuching
  • PRU13- P195 Bandar Kuching
  • PRU14- P196 Stampin
  • PRU15- P196 Stampin

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P196 Stampin N12 Kota Sentosa
  • PRN DUN Sarawak 11- P196 Stampin N12 Kota Sentosa
  • PRN DUN Sarawak 12- P195 Bandar Kuching N9 Padungan