TAN KOK WAI

Maklumat Diri
Asal
Sepang New Village, Selangor
Tarikh lahir
7/10/1957

Tan Kok Wai merupakan calon PH(DAP) bertanding bagi kerusi Parlimen P123(CHERAS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.  Bekas penyandang Parlimen Sungai Besi, Tan Kok Wai merupakan Ahli Parlimen Cheras, Kuala Lumpur sejak 1995.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 54448 undi

Pada tahun 1979, beliau menganggotai DAP dan berkhidmat sebagai setiausaha politik Ahli Parlimen DAP Kuala Lumpur.

Beliau antara Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun malah mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Cheras selama enam penggal.

Tan Kok Wai juga pernah dilantik Duta Khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China sejak 2018 hingga tahun 2020.

Di peringkat parti, beliau pernah menjadi pemangku Pengerusi Nasional DAP, Timbalan Pengerusi Nasional DAP, Naib Pengerusi Nasional DAP, Pengerusi Jawatankuasa Persiapan Pilihan Raya, ahli jawatankuasa pemilihan calon pilihan raya pada tahun 2008, 2013 dan 2018.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Tan Kok Wai daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 56,671 undian ketika menentang Heng Sinn Yee daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 7,006 undi dengan majoriti undi sebanyak 49,665.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Cheras, Kuala Lumpur
  • Duta Khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China (2018 - 2020)

Jawatan dalam parti:

  • Pengerusi kebangsaan DAP
  • Setiausaha politik Ahli Parlimen DAP Kuala Lumpur
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P123 Cheras
  • PRU12- P123 Cheras
  • PRU13- P123 Cheras
  • PRU14- P123 Cheras
  • PRU15- P123 Cheras

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan TAN KOK WAI

Video Berkaitan TAN KOK WAI