AHMAD SHABERY CHEEK

Maklumat Diri
Asal
Kijal, Kemaman, Terengganu
Tarikh lahir
10/12/1958
Pasangan
Che Sharifah Ismail
Anak
2

Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek merupakan bekas  Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sebelum ini beliau merupakan Menteri di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kemaman. 

Beliau pernah menceburi profesyen pendidikan apabila menjadi seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti  Malaya pada tahun 1990 dan pernah menjadi fellow penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS).

Ahmad Shabery pernah menganggotai parti Semangat 46 bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1990. 

Mereka kembali menyertai UMNO apabila Semangat 46 dibubarkan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (1990)
  • Fellow penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS)

Jawatan dalam parti:

  • Julai 2015 -  9 Mei 2018, Menteri di Kementerian Pertanian Dan Industi Asas Tani.
  • Mei 2013 - Julai 2015, Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia.
  • April 2009 - May 2013, Menteri di Kementerian Belia Dan Sukan.
  • Mac 2008 - April 2009, Menteri di Kementerian Penerangan Malaysia.
  • 2004 - Kini, Ahli Parlimen, Kemaman Terengganu
  • 2009 - Bekas Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara.
  • 2009 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
  • 2001 - Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kemaman.
  • 2009 - 2010, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu.
  • 2004 - 2008, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu
  • 2004 - 2006, Ahli Biro Penerangan, UMNO Malaysia
  • 2004 - 2006, Pengerusi Hal Ehwal Luar Negara Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBc)

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Malaya

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu
  •  Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negara, Malaysia (Mac 06-Mac 08)
  • Menteri Belia dan Sukan Malaysia (2009)
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2013-2015)
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2015)
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Sungai Lembing
  • Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban
  • Ijazah Ekonomi, Universiti Malaya (1983)
  • Diploma Lanjutan Perhubungan Antarabangsa, Universiti Uppsala, Sweden (1989)
  • Master Sains Politik, University of Leeds, England
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P40 Kemaman
  • PRU12- P40 Kemaman
  • PRU13- P40 Kemaman
  • PRU14- P40 Kemaman

Kerusi Bertanding DUN: Tiada