CHOW KON YEOW

Maklumat Diri
Tarikh lahir
14/11/1958
Pasangan
Tan Lean Kee
Anak
2 anak

Chow Kon Yeow merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili DAP bertanding bagi kerusi Parlimen P46- Batu Kawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 40400 undi.

Beliau bermula karier politik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang, kini Chow Kon Yeow dilantik Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 2018. 

Beliau menyertai parti DAP pada 1986 dan pernah dicalonkan Ahli Parlimen Pengkalan Kota pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1995 namun tewas.

Dilahirkan pada 14 November 1958, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota dan bekas EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Mitigasi Banjir bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Chow juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong, George Town.

Bapa kepada dua anak ini pernah dilantik Pengerusi DAP Pulau Pinang selama 14 tahun dan Naib Pengerusi DAP Nasional.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Sungei Besi (1) Kuala Lumpur, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur dan memasuki Kolej Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur. 

Chow kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan sekitar tahun 1980 hingga 1984.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Chow Kon Yeow daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 34,663 undian ketika menentang Ng Siew Lai daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,064 undi dengan majoriti undi sebanyak 29,599.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Pakatan Harapan N26 Padang Kota pada PRN Pulau Pinang.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Batu Kawan
  • Ketua Menteri Pulau Pinang (2018-kini)
  • ADUN Padang Kota (2013-kini)
  • Ahli Parlimen Tanjong (2018-kini)
  • EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Mitigasi Banjir (2013-2018)
  • Ahli Parlimen Tanjong (1999-2013)
  • Setiausaha Politik Lim Kit Siang (1986-1990)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi DAP Pulau Pinang (2000-2018)
  • Naib Pengerusi DAP Nasional (2000-2018)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (1980-1984)
  • Kolej Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur
  • SRJK Cina Jalan Sungei Besi (1) Kuala Lumpur
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P49 Tanjong
  • PRU12- P49 Tanjong
  • PRU14- P49 Tanjong
  • PRU15- P46 Batu Kawan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P49 Tanjong N26 Padang Kota
  • PRU12- P49 Tanjong N26 Padang Kota
  • PRU13- P49 Tanjong N26 Padang Kota
  • PRU14- P49 Tanjong N26 Padang Kota
  • PRU PRN15- P49 Tanjong N26 Padang Kota