ROLAND ENGAN

Roland Engan merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram berpengalaman luas dalam bidang guaman dan merupakan rakan kongsi di Messrs. Roland Engan & Co. dan bekas peguam bela di Messrs Charles Hector & Co.

Beliau telah diberi kepercayaan oleh Majlis Pimpinan Pusat untuk berkhidmat sebagai Naib Pengerusi PKR Sarawak selaku ketua Biro Reformasi Institusi Urus Tadbir Kerajaan.

Pernah dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan PRU Ke-14 termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Telang Usan pada 2016 namun beliau tewas dengan pihak lawan.

Pada Pru15, Parlimen Baram akan menyaksikan penyandang Datuk Anyi Ngau daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertarung dengan Roland Engan daripada Pakatan Harapan (PH) buat kali ketiga berturut-turut.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pemilik Tunggal, Roland Engan & Co. (Advocates & Solicitors) ( 2017-Kini)
  • Rakan Kongsi, Roland Engan & Co. (Advocates & Solicitors) (2005-2016)
  • Peguam, Tetuan Charles Hector & Co (2001-2005)
  • Pelatih Dalam Kamar, Tutuan Rizal Leong & Partners, Bangsar, Kuala Lumpur (2000-2001)
  • Cashier , Ritzmart Retail Shop, Shah Alam, Selangor (1999-2000)
  • Front Desk Staff, Holiday In Miri, Sarawak (1991-1992)

Penglibatan Politik

  • Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Parti Keadilan Rakyat, Miri, Sarawak (2022 - Kini)

  • Sarawak Council of Elders, Parti Keadilan Rakyat, Kuching, Sarawak (2020-2022)

  • Ketua Cabang Baram, Parti Keadilan Rakyat Cabang Baram,Miri, Sarawak (2014-Kini)

  • Ahli Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Parti Keadilan Rakyat (2014-2020)

  • Timbalan Ketua Cabang Baram, Parti Keadilan Rakyat Cabang Baram (2012-2014)

Pendidikan:
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM), Jalan Ilmu 1/1, 40450 Sham Alam, Selangor (1999-2000)

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM), Jalan Ilmu 1/1, 40450 Sham Alam, Selangor (1995-1998)

  • Institusi Teknologi MARA (ITM) Sabah, Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia (1991-1994)

  • Sekolah Menengah Marudi, 98050 Marudi, (1988-1989)

  • Sekolah Menengah Kerajaan Temenggong Datuk Lawai Jau, Long San, 98050 Baram (1985-1987)

  • Sekolah Rendah Kebangsaan Long Jeeh, 98050 Baram (1979-1984)

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P220 Baram
  • PRU14- P220 Baram
  • PRU15- P220 Baram

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P220 Baram N77 Telang Usan
  • PRN DUN Sarawak 12- P220 Baram N78 Mulu